Nuffnang Ads

Friday, December 2, 2011

Jumpa lagi di Januari 2012

Salam 1Malaysia. Unit Program Latihan 1Malaysia telah pun menutup tirai untuk kursus-kursus terbuka kerana memberi ruang kepada peserta-peserta yang memohon kursus secara berkumpulan. Terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada pihak kami...Semoga berjumpa lagi Januari 2012.

Saturday, October 1, 2011

KURSUS ISTIMEWA BULAN OKTOBER!!

Salam untuk semua... Selain daripada kursus-kursus yang tersenarai di tab Oktober di atas, terdapat DUA kursus istimewa yang julung-julung kali diadakan di bulan Oktober ini... Kursus ini dilaksanakan atas jalinan kerjasama pintar antara Kolej Komuniti Arau di bawah Unit Program Latihan 1Malaysia dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Maklumat kursus seperti di bawah :

1. Penghasilan Tepung daripada Bahan-bahan sampingan Buahan Terpilih
              Tarikh : 22 Oktober 2011
              Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg
              Tempat : PPK Bioproses, UniMAP Jejawi. (Bangunan Jalan ke Shorubber)
              Yuran : RM35.00

2. Pemprosesan Produk Makanan Berasaskan Tepung daripada Bahan-bahan sampingan Buahan Terpilih
    (Produk termasuklah Muffin, Kek & Roti)
              Tarikh : 23 Oktober 2011
              Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg
              Tempat : PPK Bioproses, UniMAP Jejawi. (Bangunan Jalan ke Shorubber)
              Yuran : RM35.00

Tempat adalah terhad! Hubungi kami segera.. 04-9779412/019-4166494

KURSUS OKTOBER TELAH TERBIT!!!

Kami telah kembali... Kami memohon maaf kerana 2 bulan berturut-turut tidak mengemaskini Jadual Kursus. Ini adalah kerana kursus di bulan Ramadhan dan Syawal adalah terhad.... Oleh itu, tiada kursus yang dibuka kepada semua... Begitu juga untuk bulan Oktober... Namun, kami usahakan juga mengadakan kursus untuk semua... Apa tunggu lagi... Semak jadual di TAB OKTOBER 2011 di atas... Hubungi kami segera sekiranya berminat...

Friday, June 24, 2011

KURSUS JULAI TELAH TERBIT!!

KURSUS KEMAHIRAN SAJIAN & MAKANAN

Harap maaf, Kursus telah dipenuhi oleh permintaan berkumpulan.


KURSUS KEMAHIRAN KOMPUTER & TEKNOLOGI MAKLUMAT

13-15 Julai: 
Asas Microsoft Word 2007  [8.00pg-5.00ptg || RM20.00 || Jejawi]
13-15 Julai: Pemasangan & Penyenggaraan Komputer [8.00pg-5.00ptg || RM20.00 || Jejawi]

16&17 Julai: Asas Microsoft Access 2007 [8.00pg-6.00ptg || RM20.00 || Jejawi]
20-22 Julai: Asas Microsoft Excel 2007 [8.00pg-5.00ptg || RM20.00 || Jejawi]
23&24 Julai: Asas Microsoft Access 2007 [8.00pg-6.00ptg || RM20.00 || Jejawi]
27-29 Julai: Asas Microsoft Powerpoint 2007 [8.00pg-5.00ptg || RM20.00 || Jejawi]

** Makan tidak disediakan bagi semua kursus komputer di atas.

KURSUS KEMAHIRAN JAHITAN DAN SENI KREATIF


16&17 Julai: Jahitan Baju Kurung Pahang Kanak-kanak [8.00pg-6.00ptg || RM20.00 || Jejawi]
21&22 Julai: Sulaman Riben [8.00pg-6.00ptg || RM20.00 || Jejawi]
23&24 Julai: Jahitan Baju Melayu Cekak Musang [8.00pg-6.00ptg || RM20.00 || Jejawi]
30&31 Julai: Jahitan Baju Kurung Pesak Gantung [8.00pg-6.00ptg || RM20.00 || Jejawi]

** Makan tidak disediakan bagi kursus jahitan dan sulaman di atas.

KURSUS KEMAHIRAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

2&3 Julai: Baikpulih Telefon Bimbit (Asas) [8.00pg-6.00ptg || RM40.00* || Jejawi]
16&17 Julai: Baikpulih Telefon Bimbit (Lanjutan) [8.00pg-6.00ptg || RM40.00* || Jejawi]

** Yuran adalah termasuk 2 kali makan sehari [Sarapan Pagi & Makan tengahari]

KURSUS KEMAHIRAN GUNTING RAMBUT LELAKI

5-7 Julai: Gunting Rambut Lelaki [Asas] [8.30pg-5.30ptg || RM40.00 || Jejawi]
9-11 Julai: Gunting Rambut Lelaki [Asas] [8.30pg-5.30ptg || RM40.00 || Jejawi]
19-21 Julai: Gunting Rambut Lelaki [Pertengahan] [8.30pg-5.30ptg || RM40.00 || Jejawi]
23-25 Julai: Gunting Rambut Lelaki [Pertengahan] [8.30pg-5.30ptg || RM40.00 || Jejawi]

** Makan tidak disediakan.
** 1 kelas terhad kepada 8-10 orang sahaja.
** Peserta perlu membawa seorang model [lelaki].
** Penyertaan terbuka kepada lelaki dan perempuan.
** Hanya peserta yang telah memasuki kelas asas boleh menyertai kelas pertengahan.


Tarikh kemaskini : 24 Jun 2011|| 6:18 pm
BERMINAT?? Sila hubungi kami di talian 04-9779412 / 019-4166494

Sunday, May 22, 2011

JADUAL JUN 2011

Jadual kursus kemahiran bagi bulan Jun 2011 telah keluar... Rujuk tab JUN 2011 di atas.
Sekiranya berminat, hubungi kami 04-9779412 @ 019-4166494

Monday, May 16, 2011

PERUBAHAN KURSUS ASAS ADOBE PHOTOSHOP

Salam.. dimaklumkan bahawa kursus Asas Adobe Photoshop yang dijadualkan pada 18-20 Mei 2011 telah ditangguhkan kepada 4 & 5 Jun 2011 {Sabtu dan Ahad}. Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi kami dengan segera kerana masih terdapat beberapa tempat yang kosong.

Tuesday, May 3, 2011

JADUAL KURSUS BULAN MEI 2011!!

Jadual kursus kemahiran bagi bulan Mei 2011 telah keluar. Walau bagaimanapun, hanya 4 kursus Komputer & Teknologi Maklumat dan 1 kursus Jahitan sahaja yang ditawarkan kerana kursus-kursus lain telah dipenuhi dengan berkumpulan. Sila rujuk tab MEI 2011 di atas untuk maklumat lanjut.
Sekiranya berminat, hubungi kami 04-9779412 @ 019-4166494

Monday, April 11, 2011

Maklumat Kursus Bahasa dan Seni!

Untuk makluman semua, Kursus Asas Keyboard akan dimulakan pada 18 April 2011... kepada yang berminat, sila hubungi kami dengan segera... Yuran hanya RM10 untuk 32 jam sesi pembelajaran...

Kursus-kursus bahasa pula akan bermula pada bulan Mei 2011.. Sila rujuk tab Bahasa dan Seni di atas.

Monday, March 28, 2011

JADUAL KURSUS BULAN APRIL 2011 TELAH TERBIT!!

Jadual kursus kemahiran bagi bulan April 2011 telah keluar... Rujuk tab APRIL 2011 di atas. Sekiranya berminat, hubungi kami 04-9779412 @ 019-4166494

Saturday, March 5, 2011

Kursus Kemahiran 1 Malaysia

Jadual kursus kemahiran untuk bulan Mac telah dikeluarkan. Kepada yang berminat, sila rujuk ke Tab Mac 2011...